Followers

Monday, 14 November 2016

KUANTAN T HOMESTAY...

Alhamdullilah,

Syukur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan segala yang diimpi kepada realiti..segala mimpi yang dianggap mustahil akhirnya berjaya disiapkan berkat bantuan ahli keluarga dan doa ibu dan bapa yang dicintai..moga moga usaha kecil ini mendapat rahmat dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t jua...

Remember pasal story nak buat pasif income yang i bebelkan bulan lepas..weeee at last siap sebagaimana yang dirancangkan..its started good and hope it ends up brilliant!!! amin..

Ok let me show you our sweet, cozy, comfy homestay..Lets start with room no 1..

                                                     Master bedroom Ikatan Cinta Abadi


I namakan room ni room Ikatan cinta abadi..cewah..bilik ni sengaja dihiaskan dengan cadar yang colourful..nak suruh anda semua feeling-feeling macam duduk kat rumah sendiri jugak..lengkap dengan aircond 1 Hp , table lamp, make up table dan ada bilik air yang dilengkapi dengan water heater..ye lah nak mandi dengan selesa ..sebab dah semalaman tidur dalam aircond kan;).. harapan i masa menatarias bilik ni cuma satu saja..i bayangkan kalau i nak tido kat rumah ni, bilik tidur utama nya haruslah selesa kan..i nak berikan yang terbaik kepada penyewa supaya mereka rasa service ni adalah service yang value for money...harap penyewa rasa berpuas hati dengan harga yang diorang bayar as compare dengan service yang disediakan..

jom tgk angle lain jugak dalam bilik ni..

Mater bedroom lengkap dengan aircond dan bilik air
bilik air master bedroom



Enough cerita pasal master bedroom..kita sambung pulak cerita pasal bilik 2,3, 4.  Bilik - bilik ni sangat selesa..mamposss puji diri sendirik lagi..matik lah..hehehhe ok bilik bilik ni i hias simple simple saja..but still cozy jugak..aim for family yang nak berehat di Kuantan..kawasan rumah ni kawasan bumi lot..jadi sangat tenang ..mengadap kebun dan tanah persendirian..perumahan teres ni perumahan baru, rumah saiz 20 x 70. aha..boleh bayang tak betapa selesa dan luasnya ruang untuk anak-anak you all berlari-lari di dalamnya....baru dalam 3 tahun kot siap..tapi semua rumah dah berpenghuni..kalau korang datang...kawasan ni dekat dengan kedai, jalan utama [Kuantan - Gambang], banyak pulic transport, dekat dengan airport..dekat dengan bandar Taman Tas, ada banyak kedai makan kat seberang jalan tu..kedai baju, perabot, farmasi, watson , pizza hut, kentucy fried chicken, my mama nasi kukus , dan Tstation food court yang famous tu..semua dekat..kalau drive, rumah ni adalah parking space untuk 2 biji kereta, kalau naik flight pun, kawasan ni dekat dengan segala public transport yang ada..

Ok kita share sikit gambar bilik 2,3,4

Bilik tidur no 2, takde aircond but ada kipas yang sangat nyaman;) , come with almari

Bilik tidur No 3 , beraircond






Bilik tidur No 4, lengkap dengan aircond , iron dan iron board;)



Now kita tgk pulak hall yang telah dihias dengan cantik..hahaha puji diri sendiri lagi..lantaklah kalau tak puji diri sendiri tak tahulah sapa yang nak puji i ni..nampak benau kurang kasih sayang;)..
ruang tamu dan ruang makan yang selesa, fully aircond




Rumah dilengkapi dengan tv 52 inci, DVD player, DVD cerita terkini..;)


Guys..rasa macam nak kongsi semuanya dengan u all..marilah menyewa kepada sesiapa yang berminat ...pm i laju-laju, atau whatassp to my number 019 9896244, insyallah harga semalaman yang berpatutan..dan kalau lama insyallah i boleh bagi diskaun lagi..kalau ada kawan-kawan yang nak datang kuantan untuk majlis kawen ke, bercuti ke, meeting ke...bolehlah ke homestay kami ni..lagi mudah, murah berbanding hotel..kalau ada kawan-kawan yang berminat nak sewa lama, sebulan atau lebih pun boleh ..sangat di alu alukan..rumah lengkap dengan dry dan wet kitchen jugak..ada semua dapur, gas, periuk nasik, toaster, cerek elektrik,periuk, belanga, kuali, pinggan mangkuk, sudu, pisau , cawan..wallahhhh semua adalah ..just contact me ..if u need special arrangement..

Let me show u our wet and dry kitchen

Our wet kitchen, lengkap dengan gas n stove

Our dry kitchen, lengkap dengan periuk nasi elektrik, periuk, belanga, cerek elektrik, toaster, pinggan mangkuk;)
Ok , pesanan penaja sekali lagi..biasalah..pesanan penaja kena banyak kali..hahaha..kalau berminat jangan lupa pm i kat facebook [faizah shafie], ig [faizah112], or whatassp to this number 019 9896244..kalau call tak angkat..sila whatassp sahaja je...do come and experience our service..kalau nak tempah through airbnb dan homeaway pun boleh..tapi kalau nak discount boleh whatsapp laju-laju...

Trust Allah, insyaallah HE will never let you down...doa doakan ya..
-AMIN-




Sunday, 9 October 2016

Ohoiii ..plan nak buat pasif income..

Salam semua, ok hari nak story pasal mencari additional income sikit...al kisah..rumah yang kami beli terletak di taman tas kuantan tu..dah hampir 10 bulan tak berpenghuni..bukan tak iklankan untuk  sewa tapi macam macam lah kisahnya..

Jadi, suatu malam yang indah i ckp dekat en suami nak convert rumah tu jadi homestay..and he approved right away..weeee alhamdullilah seronok lah kak jah kan..lalala..bermula lah episode membuat survey interior dalam diam di halaman maya ni..mau juling jugak....pastu buat calculation for budget..lagi pitam..so slash punya slash..dapat lah figure yang boleh tolerate...alhamdullillah..

jadi target nya seperti berikut:

Minggu pertama Oktober :
pasang aircond dan bersihkan rumah...maklumlah dah setahun kak jah tak melawat rumah tu
Minggu kedua Oktober : basuh rumah
Minggu Ketiga Oktober : Masuk perabot bilik tidur, ada 4 bilik semuanya (pingsannn)
Minggu Keempat Oktober : Last touch up untuk sedia beroperasi pada bulan November 2016..

Ahhh ..tak boleh blah..timeline kena ada ye..barulah boleh berjaya dalam hidup..harap harap menjadilah project homestay ni..amin..

kalau ada yang baca ni..doa doakan project pasif income kak jah ni ya...

xoxo
FAIZAH

Thursday, 29 September 2016

Kejap je dah habis September

Assalamualaikum, take 5 kejap ;)

Ouchhh, its friday..and the last day of September..cepatnya masa berlalu kan? rasa macam baru teman arwah mak di HTAA, rupanya dah setahun lebih dah mak pergi meninggalkan kami...never once..mak dilupakan ..(Al- Fatihah moga Allah memberikan syurga tertinggi buatmu)..

Hari ni Abg Aqlan dan Aqil ada kem bina jati dir..Friday sampai Sunday..Abi , Ibu , Aqmal ke KL ada wedding..malasnya..sedap kalau dapat berguling tido kat rumah...tapi x boleh yer....tak produktif...kena aktif..semenjak usia dah menginjak tua ni..buat kerja sikit ngantuk, buat kerja sikit penat...makanan lah puncanya..nak kena tukar cara makan ni...hahahaha harapan...yang tak pernah kesampaian...

Hari Jumaat ni..hari paling heaven ..sebab kerja kejap, lunch break lamaaaaa..i suka..i suka..agaknya orang lain ada tak sindrom mcm aku ni...hehehee..patut kena lagi kuat kerja...Air cond kat dalam ofis ni kuat sangat ..mcm orang eskimo dah aku ni..macam mana boleh jadi sejuk sangat macam ni...nak buat kerja pun asyik tertangguh tangguh...kejap kejap tandas...kejap kejap tandas..ok lah nak sambung kerja balik...


sejuk sangat..tak tipu vokeyyy..matahari kat luar terik..kat dalam kalah macam ada salji turun!!

Wednesday, 28 September 2016

cinta ini aku kau yang punya

we make mistakes in life....but that's what shape who we are..what an incredible journey we've been through...


Happy Anniversary sayang;)



Semoga kita dapat bersama Dunia dan Akhirah..Amin

Looking Foward To Masa Depan Yang Lebih Baik

Assalamualaikum,

Lama sungguh tak berceloteh dan update blog ni.. Not so much lately..keluarga , kerja, kelas kelas menambah ilmu yang dihadiri( dah tua tua baru nak gi belajar agama)...moga readers semua dirahmati allah...

Setiap hari i plan apa nak buat dan almost everyday benda yang nak dibuat tu tercapai..ecewahhh..tepuk tangan sendiri!! cuma kadang-kadang tu..rasa jemu jugak..jadi few days ni..i dok discuss dengan encik suami..rasa macam nak buat biz kecil kecilan..saja-saja nak cabar diri. mampu ke tidak ..hahaha..insyaallah ..biiznillah..

Sebenarnya i admire semangat wanita yang bekerjaya dan berhenti menjadi suri rumah ..atau bertukar kerja dari ofis kepada bekerja di rumah..sungguh kuat kebergantungan kamu kepada Allah wahai wanita ..!! Allahhuakbar...bukan semua orang punya keyakinan yang mantap sebegitu..

Kita manusia sering melabelkan orang ..tapi kita tak pernah cuba mendalami apa yang dilalui mereka setiap hari..urusan rumah tangga yang tak pernah selesai..sampai diri sendiri pun tak terurus..dan banyak lagi..salute to them...

Semoga allah memberi ilham..nak buat apa ..nak buat apa..nak buat apa..Ya Allah yang maha baik...berilah aku pekerjaan yang terbaik di dunia ini..AMIN..

Belanja gambar satu :)

Abaikan rupa aku yang gemuk gedempul tu;)

recent trip to Nanjing, China.site visit solar PV plant



Allahamdullilah, living a good life;

Monday, 18 April 2016

Happy birthday to not so little man anymore...and i love u so much sayang..

I love so much sayang..happy birthday to my not so little men anymore.i love u more than words can describe...u are my every breath and everything...i thank allah for giving me such a wonderful babies..

terima kasih allah untuk semua ,

happy birthday aqlan, aqil and aqmal..
ibu loves all of u so much..

Thursday, 31 December 2015

last day of 2015

alhamdullilah..

masih diberi kesempatan oleh allah swt untuk menghirup udara pada hari ini..esok dah masuk tahun 2016..dah 34 tahun usia aku..

alhamdullilah untuk semua nikmat suka duka yang allah izin kan aku lalui..mudah mudahan tahun tahun mendatang lebih banyak rahmat dan barakah lagi utk kami sekeluarga.  Hargai apa yang kita miliki..kerana sekelip mata juga mungkin ia akan hilang dan pergi..

a story worth to share...

Cuba kita bayangkan kalau setiap hari sejumlah RM86,400 dikreditkan dalam akaun kita? setiap hari kita kena gunakan duit tersebut sehingga ia habis..jika tidak baki tidak dapat dibawa ke hari esoknya..Pasti kita semua akan berlumba-lumba ke mesin ATM dan withdraw duit tersebut untuk dibelanjakan pada hari tersebut kan?..pasti !!!rugi kalau tak dibelanjakan..bukan begitu?

Itu lah yang dinamakan waktu..setiap hari kita diberikan 86,400 saat..setiap manusia diberikan ruang waktu yang sama..jadi marilah kita manfaatkan setiap saat yang dipinjamkan allah ini ...tinggalkan yang tidak baik..berusaha lebih kuat untuk memberi manfaat yang lebih baik kepada manusia lain..kerana itulah yang menjadikan kita semua lebih beruntung..amin..moga kita tergolong dalam orang yang sentiasa menghargai waktu..

salam tahun baru untuk semua ..

love..

xoxo

31.12.2015