Followers

Monday, 14 November 2016

KUANTAN T HOMESTAY...

Alhamdullilah,

Syukur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan segala yang diimpi kepada realiti..segala mimpi yang dianggap mustahil akhirnya berjaya disiapkan berkat bantuan ahli keluarga dan doa ibu dan bapa yang dicintai..moga moga usaha kecil ini mendapat rahmat dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t jua...

Remember pasal story nak buat pasif income yang i bebelkan bulan lepas..weeee at last siap sebagaimana yang dirancangkan..its started good and hope it ends up brilliant!!! amin..

Ok let me show you our sweet, cozy, comfy homestay..Lets start with room no 1..

                                                     Master bedroom Ikatan Cinta Abadi


I namakan room ni room Ikatan cinta abadi..cewah..bilik ni sengaja dihiaskan dengan cadar yang colourful..nak suruh anda semua feeling-feeling macam duduk kat rumah sendiri jugak..lengkap dengan aircond 1 Hp , table lamp, make up table dan ada bilik air yang dilengkapi dengan water heater..ye lah nak mandi dengan selesa ..sebab dah semalaman tidur dalam aircond kan;).. harapan i masa menatarias bilik ni cuma satu saja..i bayangkan kalau i nak tido kat rumah ni, bilik tidur utama nya haruslah selesa kan..i nak berikan yang terbaik kepada penyewa supaya mereka rasa service ni adalah service yang value for money...harap penyewa rasa berpuas hati dengan harga yang diorang bayar as compare dengan service yang disediakan..

jom tgk angle lain jugak dalam bilik ni..

Mater bedroom lengkap dengan aircond dan bilik air
bilik air master bedroom



Enough cerita pasal master bedroom..kita sambung pulak cerita pasal bilik 2,3, 4.  Bilik - bilik ni sangat selesa..mamposss puji diri sendirik lagi..matik lah..hehehhe ok bilik bilik ni i hias simple simple saja..but still cozy jugak..aim for family yang nak berehat di Kuantan..kawasan rumah ni kawasan bumi lot..jadi sangat tenang ..mengadap kebun dan tanah persendirian..perumahan teres ni perumahan baru, rumah saiz 20 x 70. aha..boleh bayang tak betapa selesa dan luasnya ruang untuk anak-anak you all berlari-lari di dalamnya....baru dalam 3 tahun kot siap..tapi semua rumah dah berpenghuni..kalau korang datang...kawasan ni dekat dengan kedai, jalan utama [Kuantan - Gambang], banyak pulic transport, dekat dengan airport..dekat dengan bandar Taman Tas, ada banyak kedai makan kat seberang jalan tu..kedai baju, perabot, farmasi, watson , pizza hut, kentucy fried chicken, my mama nasi kukus , dan Tstation food court yang famous tu..semua dekat..kalau drive, rumah ni adalah parking space untuk 2 biji kereta, kalau naik flight pun, kawasan ni dekat dengan segala public transport yang ada..

Ok kita share sikit gambar bilik 2,3,4

Bilik tidur no 2, takde aircond but ada kipas yang sangat nyaman;) , come with almari

Bilik tidur No 3 , beraircond






Bilik tidur No 4, lengkap dengan aircond , iron dan iron board;)



Now kita tgk pulak hall yang telah dihias dengan cantik..hahaha puji diri sendiri lagi..lantaklah kalau tak puji diri sendiri tak tahulah sapa yang nak puji i ni..nampak benau kurang kasih sayang;)..
ruang tamu dan ruang makan yang selesa, fully aircond




Rumah dilengkapi dengan tv 52 inci, DVD player, DVD cerita terkini..;)


Guys..rasa macam nak kongsi semuanya dengan u all..marilah menyewa kepada sesiapa yang berminat ...pm i laju-laju, atau whatassp to my number 019 9896244, insyallah harga semalaman yang berpatutan..dan kalau lama insyallah i boleh bagi diskaun lagi..kalau ada kawan-kawan yang nak datang kuantan untuk majlis kawen ke, bercuti ke, meeting ke...bolehlah ke homestay kami ni..lagi mudah, murah berbanding hotel..kalau ada kawan-kawan yang berminat nak sewa lama, sebulan atau lebih pun boleh ..sangat di alu alukan..rumah lengkap dengan dry dan wet kitchen jugak..ada semua dapur, gas, periuk nasik, toaster, cerek elektrik,periuk, belanga, kuali, pinggan mangkuk, sudu, pisau , cawan..wallahhhh semua adalah ..just contact me ..if u need special arrangement..

Let me show u our wet and dry kitchen

Our wet kitchen, lengkap dengan gas n stove

Our dry kitchen, lengkap dengan periuk nasi elektrik, periuk, belanga, cerek elektrik, toaster, pinggan mangkuk;)
Ok , pesanan penaja sekali lagi..biasalah..pesanan penaja kena banyak kali..hahaha..kalau berminat jangan lupa pm i kat facebook [faizah shafie], ig [faizah112], or whatassp to this number 019 9896244..kalau call tak angkat..sila whatassp sahaja je...do come and experience our service..kalau nak tempah through airbnb dan homeaway pun boleh..tapi kalau nak discount boleh whatsapp laju-laju...

Trust Allah, insyaallah HE will never let you down...doa doakan ya..
-AMIN-




No comments:

Post a Comment